Tuesday 6 August 2013

Sharing Moment Bersama Cikgu Mahadi Mohd


Ada beberapa perkara yang dikongsikan dengan Ahli Kariah Kg.Sg.Penchala. Antaranya tentang Ramadhan ini adakah kita menyantuni golongan Islam yang terbiar disekitar kita iaitu :
- Orang Asal
- Golongan Muallaf

Yang mana sekiranya, ummat Islam seperti kita membiarkan mereka akan mengakibatkan mereka tidak merasai Rahmatnya Ramadhan yang datang & Istimewanya Syawal yang bakal menjelang. Malah disebabkan kita tiada menyantuni mereka menyebabkan akhirnya mereka meninggalkan Agama Islam dek Qudwah Hasanah yang dipamerkan oleh golongan gerakan Misionary & Kristianisasi.

Dikesempatan ini juga Beliau, membuka satu tawaran Istimewa kepada Ahli Qariyyah untuk :
Menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit @ bahan2 mentah seperti beras, tin susu dan sebagai untuk dibawa ke Pulau Ketam.

Pulau Ketam merupakan sebuah pulau yang 10 tahun, 20 tahun lalu dihuni oleh lebih dari 30 (@70) buah keluarga Cina Muslim. Tetapi pada masa kini hanya tinggal 4 buah keluarga Islam yang telah uzur.

Cikgu Mahadi bersama anaknya akan bergerak ke Pulau Ketam pada pagi 1 Syawal 1434 H untuk menghidupkan syiar Islam di Balai Islam Pulau Ketam, Klang.

Katanya, jika diizin Allah S.W.T beliau bersama anaknya melaungkan takbir di sana, berkemungkinan bersama 2 orang anggota Polis dan 2 orang Cina Muslim dari 4 orang (Uzur). Dan Beliau menyeru kepada Ahli Qariyyah untuk turut serta dalam menghidupkan Islam di Balai Islam Pulau Ketam yang selama ini terbiar sepi.

Kepada Tuan2- Puan2 yang ingin menyalurkan apa sahaja sumbangan bolehlah menyerahkannya kepada Ketua Imam MAHSP selewat-lewatnya sebelum berbuka puasa hari Rabu.


IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013




     TAZKIRAH SUBUH RAMADHAN 10 MALAM TERAKHIR PERTAMA  






 SOLAT FARDHU ISYAK 






  MUQADDIMAH SOLAT SUNAT TARAWIKH 




Tazkirah Tarawikh berkenaan Kepentingan Membaca Al-Quran Al-Kareem

PROGRAM AHLAN YA RAMADHAN (MAULID AMBANG RAMADHAN),


4 Julai 2014 / 25 Sya'ban 1434 H : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Zon 6 dengan kerjasama Madrasah At-Tazkiyah telah menganjurkan Program “Ahlan Ya Ramadhan” (Maulid Ambang Ramadhan). Program yang dipimpin oleh Habib Mahdi Al-Haamid bersama Syed Naqjamuddin Al-Khered ini berbentuk pembacaan kitab Maulid Adh-Dhiya’ul Lami’, Alunan Selawat Qasidah, tausiyyah dari Habib Umar Abd. Rahman Al-Jufri dan Habib Zayd Ben Yahya berkisar tentang Ramadhan serta diakhiri dengan pembacaan kitab Syamail Rasul S.A.W.

Program berjalan dengan begitu baik dengan kehadiran menjangkau ke 400orang yang terdiri daripada ahli kariah Kg.Sg.Penchala dan penduduk disekitarnya, malah diserikan dengan kehadiran beberapa Ulama’ dan Ahlul Bait dari beberapa buah negara iaitu Habib Umar Abd. Rahman Al-Jufri (Madinah), Habib Zayd ben Yahya (Yaman), Habib Abd. Rahman Al-Haddad, Habib Ali As-Shaghaf dan Habib Muhammad Al-Junaid (Yaman). Menariknya program ini berjaya menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak untuk terus berada di dalam masjid dari awal sehinggalah ke akhir majlis.

Di kawasan perkarangan Masjid pula terdapat beberapa buah gerai kecil dibuka bagi menjual alatan dan pakaian sunnah. Disamping itu turut juga disediakan rawatan bekam sunnah oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Program ini mendapat tajaan dan kerjasama dari Pejabat Pentadbiran Zon 6, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Persatuan Penduduk Kg. Sg. Penchala, KRT Kg. Sg. Penchala, Madrasah At-Tazkiyah, V-Ken MXB, MOFAZ, Alla Fonte Minerale dan Bolton Sign. Terima Kasih kepada semua yang terlibat, semoga program sebegini dapat diteruskan pada waktu-waktu yang akan datang.
















PROGRAM MAULID DI SYA’BAN 2013



alt


30 Jun 2013 / 21 Sya'ban 1434H : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (MAHSP) di bawah kelolaan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ustaz Hazman B. Che Mohamad telah menganjurkan Program Sempena bulan Sya'ban dengan nama "Maulid Di Sya'ban". Program ini dihadiri hampir 500 orang terdiri daripada  Ahli Kariah Kampung Sungai Penchala dan penduduk di sekitar Lembah Klang.

Program yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala bertujuan menambahkan lagi pengetahuan dan kecintaan serta kerinduan terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W di samping memberi pengetahuan dan pendedahan berkenaan dengan bulan Sya’ban. Pada masa yang sama mempamerkan bentuk-bentuk kesenian dan hiburan yang dianjurkan di dalam Islam. Program tersebut dipimpin oleh Yg. Bhg. Al-Fadhil Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid bersama Kumpulan Hadrah dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza iaitu Ahbabul Habib.

Program  dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Fairos B. Awang, Timb. Ketua Imam, disusuli dengan bacaan Maulid Adh-Dhiya’ul Lami’ dan diselang-selikan dengan alunan Qasidah yang dikendalikan oleh Ahbabul Habib (kumpulan hadrah Darul Murtadza). Kemuncak program, Al-fadhil Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menyampaikan Tausiyyah beliau.  Majlis ditangguhkan setelah penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid oleh Dato Wira Hj. Thobrani B. Hj Hanafi, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala dan penyampaian cenderahati kepada wakil Ahbabul Habib (kumpulan Hadrah Darul Murtadza) oleh Datuk Hj. Abdul Halim B. Abd. Hamid, Timb.Pengerusi Masjid Al-Hidayah. Setelah solat Isyak dan Jamuan makan, majlis pun  bersurai.


Monday 5 August 2013

PROJEK NAIK-TARAF TEMPAT WUDUK DAN BILIK AIR MASJID AL-HIDAYAH SG.PENCHALA

Pihak AJK masjid telah bersetuju mengeluarkan sejumlah peruntukkan pembelian pokok-pokok bunga, alatan2 kebersihan, papan-papan tanda doa dan sebagainya. Dan kesemua ini berjaya direalisasikan pada 22 Jun 2013 hari sabtu.
















Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa Masjid, Pihak Bolton Sign (Kontraktor yang dilantik menyediakan signboard2) dan lain-lain.

Untuk makluman, design signboard adalah ciptaan dari MAHSP sendiri, dan di touch up oleh pihak Design Bolton, Taman Industi Bolton, Batu Cave.


CERAMAH BULANAN HELWA MASJID AL-HIDAYAH SG.PENCHALA

Ceramah bulanan ini disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Bt. Hasan, dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program Ceramah yang dianjurkan oleh HELWA ini berkisar tentang Fiqh berkaitan Ramadhan, kehadiran tidak kurang dari 35 orang.