Thursday 5 September 2013

SAMBUTAN AIDILFITRIL MASJID AL-HIDAYAH KG. SG. PENCHALA (MAHSP) 2013/1424H

1 September 2013, Ahad – Masjid Al-hidayah (MAHSP) dengan kerjasama Persatuan Penduduk (PPKSP), Rukun Tetangga, Dato’ Wira Hj. Thobrani, Dato’Abul Hasan, Datuk Abd. Halim, Dato’ M.Nor Azam dan Datuk Pahmin telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2013/ 1424H. 



Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari hingga ke jam 4.00 petang ini menerima kehadiran pengunjung melebihi 1000 orang pendudukan Kampung Sungai Penchala dan sekitarnya. Juga turut hadir dalam majlis ini orang kuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, K.Lumpur iaitu Tn. Hj. Musa B. Ranli ,Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, JAWI dan Tn. Hazman B. Che Mohamad, Penolong Pengarah kanan Zon 6, JAWI yang merupakan Penyelaras Pusat Zon 6. Selain itu Majlis ini turut dihadiri oleh AJK Masjid Jamek Tengku Abd. Aziz Shah, AJK Masjid At-Takwa dan Agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Bomba, PDRM, DBKL dan lain-lain. 












Disamping menikmati juadah istimewa yang disediakan oleh pihak Nurul Izzah Catering, pengunjung juga dihiburkan dengan dendangan Qasidah oleh Kumpulan yang diundang khas  dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Kumpulan Qasidah Syabab Bangsar yang dipimpin oleh Ustaz Syahir. Kegembiraan dan kecerian ini patut kita syukuri kerana tidak semua orang yang dapat merasai nikmat seperti ini.


Turut disertakan dalam majlis ini, penyerahan bantuan kepada golongan asnaf  kawasan Kampung Sungai Penchala dan seramai 131 orang telah disenaraikan untuk menerima bantuan tersebut. Penyerahan bantuan telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah iaitu Dato’ Wira Hj. Thobrani.


Begitu meriah sekali majlis yang dianjurkan.  Ini menunjukkan kesepakatakan penduduk Kampung Sungai Penchala dalam hidup bermasyarakat dalam masa yang sama berusaha bersama membawa masyarakat mendampingi rumah Allah dan mencintainya.