Thursday 19 December 2013

Kuliah Sendiket 30 minit_ 3 Golongan Yang Di Beri Nikmat Namun Dihumban Ke Neraka

Kuliah Maghrib ini disampaikan oleh Mahadi Mohd. Ismaely. Bertajuk  golongan yg Allah berikan nikmat, tetapi nanti di alam akhirat, mereka diseret dengan wajah dibawah, disagat dan dihumban ke neraka yang azab sangat, namun hanya 2 golongan yang sempat untuk dikongsikan. Dan sekiranya diizin Allah S.W.T akan bersambung.

Idea dan konsep Kuliyyah atau Tazkeerah Sendiket ini ialah dalam bilangan yang tidak ramai dan tidak lama dengan style seperti kumpulan yang ingin pergi berperang, bertujuan agar impaknya boleh dimaksimakan.






Menurut Cikgu Mahadi Mohd.Ismaely :
"Kuliah Sendiket 30 minit yg saya kongsikan malam tadi di Masjid AlHidayah Sg Penchala membuatkan saya berasa amat seronok dan gumbira, kerana yg pertama para jemaah sudi membentuk halaqah dan sudah tidak berkira, keduanya saya dapati anak anak muda juga turut duduk dan mara, ketiganya mereka seronok dgn konsep gaya saya.
Biasanya bila kuliah atau tazkirah Magjrib ni suasana jemaah akan duduk bertaburan sekitar dewan utama solat, namun mlm tadi Allah gerakkan semua utk duduk dlm halaqah yg padat, terasa sungguh ada semangat dan berkat, utk kita semua menuju satu matlamat, bahagia dan berjaya didunia wal akhirat."



Monday 9 December 2013

Program Cuti Sekolah 2013 & Tautan Kasih Bersama Mahasiswa/i UKM


DAFTAR SEGERA, BORANG BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT MASJID

ATURCARA PROGRAM CUTI SEKOLAH
MASJID AL-HIDAYAH, KG. SUNGAI PENCHALA

19 DISEMBER 2013 - KHAMIS
MASA ATURCARA / AKTIVITI CATITAN

08.00 AM            Pendaftaran & Minum Pagi.        
09.00 AM            LDK 1 bersama Ust. Dini Juri.      
12.00 PM            Makan Tengahari            
01.13 PM            Solat Zohor Berjemaah.
02.00 PM            LDK 2 Bersama Ust. Dini Juri       
04.00 PM            Solat Asar Berjemaah.   
05.00 PM            Minum Petang. 
07.00 PM            Solat Maghrib Berjemaah.
    Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat         
08.25 PM            Solat Isyak         
09.00 PM            Jamuan Makan.


20 DISEMBER 2013 - JUMAAT
MASA ATURCARA / AKTIVITI CATITAN

08.00 AM            Minum Pagi       
09.00 AM            LDK 3 bersama Ust. Dini Juri       
12.00 PM            Rehat Untuk Solat Jumaat.          
01.00 PM            Solat Jumaat.    
02.00 PM            LDK 4 bersama AADK Brickfields.              
04.00 PM            Solat Asar berjemaah.   
05.00 PM            Minum petang. 


21 DISEMBER 2013 - SABTU
MASAATURCARA / AKTIVITI CATITAN

08.00 AM            Minum pagi       
09.00 AM            LDK 5 bersama Mahasiswa UKM (Tahsin Solat).  
12.00 PM            Makan Tengahari            
01.00 PM            Solat Zohor berjemaah. 
02.00 PM            LDK 6 bersama Mahasiswa UKM (Slot Motivasi). 
04.00 PM            Solat Asar berjemaah.   
04.45 PM            Majlis Penutup & Salam Perpisahan.