Wednesday 26 February 2014

REPLIKA RUMAH RASULULLAH ﷺ


Model studio rumah ini dibina untuk memberi imbasan cara Baginda Rasulullah   tinggal 1400 tahun yang lalu. Replika Rumah ini adalah sebahagian daripada pameran besar tentang kehidupan Baginda Nabi S.A.W yang telah diadakan pada tahun 2009 Jeddah, Arab Saudi.

Replika Rumah Baginda Nabi   ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan. Namun keadaan secara tepatnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

“Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah & selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia yang hanya menjadikan rumah di dunia sebagai sebuah 'pondok' persinggahan sebelum menuju ke Alam yang kekal Abadi.
Usah kita sibuk mencari @ menunding jari kepada orang lain, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tidak mampu bertindak seperti Rasulullah .”       

Firman ALLAH Ta’ala :
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”
(Al-Baqarah : 44)
 

 Boleh Rujuk :
http://www.deenboutique.com/prophet-muhammad-saw-house-replica/

Sunday 23 February 2014

Bengkel Al-Quran & Bacaan Solat


Insya' Allah akan datang bersama  kita di akhir Februari dan awal Mac ini Al-Fadhil Ustaz Amru Alhaz bin Adnan Al-Hafiz, Pegawai Hal Ehwal Islam yang kini bertugas sebagai Imam Masjid Negera, Kuala Lumpur. Beliau seorang yang berpengalaman dan menjadi tempat rujukan berkenaan kaedah sebutan @ bacaan Al-Quran yang tepat, terutamanya di dalam masalah tarqiq (nipis) & tafkhim (tebal).

Oleh itu beliau akan berkongsi dengan peserta berkaitan kaedah bacaan Al-Quran Al-Kareem seperti mana yang beliau  pelajari secara bertalaqi bersama Syeikh-syeikh beliau ketika menuntut di Mesir. Dan kaedah tersebut beliau namakan "Kaedah Al-Hadi". Kaedah yang mudah dan sesuai dengan lidah masyarakat Melayu.

Program ini bertujuan mendedahkan masyarakat Islam tentang kaedah bacaan yang betul seperti yang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW.

Ia adalah inisiatif Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala sebagai satu sumbangan ilmiah kepada masyarakat muslim tentang peri-pentingnya membaca al-Quran dan kaedah bacaan yang betul.

Kaedah al-Hadi dalam masalah tarqiq dan tafkhim

1. Mendedahkan kesilapan-kesilapan sebutan yang lazim dilakukan oleh masyarakat melayu atau bangsa bukan Arab dalam melafazkan sebutan huruf al-Quran.

2. Mengenal huruf yang tarqiq dan tafkhim serta mempelajari teknik-teknik untuk membezakan sebutan kedua-duanya.

3. Mempelajari cara dan teknik menyebut sesuatu huruf al-quran mengikut al-Sout (suara) yang tepat melalui praktikal dan musyafahah.

Kaedah al-Hadi adalah satu kaedah yang cuba disusun sebagai manual dan panduan asas kepada pembaca al-Quran untuk menyebut sesuatu huruf al-Quran itu dengan sebutan yang tepat berdasarkan teknik dan cara bukaan mulut.

Kaedah bukaan mulut itu berbeza, bergantung kepada situasi huruf al-Quran yang ingin dibaca. Kelemahan dalam teknik bukaan mulut itu menyebabkan banyak berlaku kesilapan terutama pada huruf yang sepatutnya dibaca nipis tetapi dibaca dengan bunyi tebal dan dalam beberapa keadaan ia jelas merubah huruf dan seterusnya makna.


Ulama tajwid banyak menulis hal yang berkaitan dengan perkara ini, tetapi tanpa kaedah khusus dan teknik secara praktikal atau musyafahah kesilapan ini hampir mustahil tidak berlaku.


___________________________________

Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Masih dalam hadis riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, disebutkan bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
"إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Marilah sama-sama kita semua hadir, mudah-mudah mendatangkan manfaat untuk kita semua, Ameen!!