Wednesday, 10 December 2014

Pengajian (Daurah) Kitab Hadith 40 Imam An-Nawawi Siri II

PROGRAM SEMPENA MAULIDURRASUL 1436 H


Hari Khamis

01 Januari 2015
bersamaan 11 Rabi'ul Awwal 1436 H

Bermula Jam 8.00 pagi - 4.00 petang.

bersama :
Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati
Al-Azhari Asy-Syafi'i

Sila sahkan kehadiran tuan-tuan segera.
Pendaftaran RM10 Sahaja!!

Penaja Amat dialu-alukan..

Monday, 8 September 2014

Majlis Sempena Haul Imam Abdullah Al-Haddad 2014

AlHamdulillah..
Baru-baru ini dengan kerjasama Amanah Hawi Al-Khairat (HAK), Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dipilih oleh Seorang Tokoh iaitu Habib Abdur Rahman Al-Haddad dari Keturunan Baginda Nabi Muhammad melalui susur galur Seorang Ulama Al-Haddad sebagai tempat untuk meraikan tetamu dan ahli khidmah Majlis Haul Imam Al-Haddad 2014. 







 



UKHUWAH YANG TERBINA DALAM BARAKAH SETALAM NASI

REMAJA & TETAMU MAHSP

SiapakahAl-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) ?

Beliau seorang Mujaddid Islam abad 12 Hijrah, Beliau (Rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan dekat kota Tarim di Hadhramuat, Selatan negeri Yaman, pada tahun 1044 Hijrah. Beliau (Rahimahullah) terkenal sebagai seorang yang mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat. Ketika Beliau (Rahimahullah) meningkat umur empat tahun, Beliau (Rahimahullah) dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agung lagi Mulia telah menggantikan kepada beliau dengan mata hati ( cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah).

Di masa kecilnya, Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) mengerjakan solat sunnah seratus rakaat setiap harinya setelah pulang dari rumah gurunya di waktu Dhuha. Karena itulah tidaklah mengherankan jika Allah SWT memberinya kedudukan sebagai ‘Wali Al-Qutub sejak usianya masih remaja.
Berasaskan kurniaan ini, Al-Imam A-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menimba ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Walaupun penglihatan beliau hilang namun Beliau (Rahimahullah) tidak berputus asa dalam menghasilkan kitab-kitab karangan beliau sendiri, hingga sekarang kitab-kitabnya di guna pakai oleh seluruh umat Islam di dunia dengan berbagai alih bahasa.

Dari Beliau lah (Rahimahullah) hasilnya Ratib Al-Haddad yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia hingga ke hari ini. Beliau (Rahimahullah) wafat pada 7 zulkaedah 1132 Hijrah dan dimaqamkan di Permakaman Zambal yang berada di Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman. Hingga hari ini manusia seluruh dunia datang menziarahi Maqam beliau.

Dengan itu, setiap Tahun pihak Al-Hawi pengajurkan-mengadakan Haul (Hari Memperingati) Beliau (Rahimahullah) atas jasa-jasa Beliau dalam mengembangkan ilmu serta dididkan Beliau.

Semoga Allah merahmati Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Sayyidina Muhammad SAW, Keluarganya dan Sahabatnya serta Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW yang Mulia serta keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Allahumma Amin.

wallahu 'alam.

AMALAN SELEPAS SOLAT FADHU ZOHOR, HIZIB AN-NASR _ IMAM ABDULLAH B. ALAWI AL-HADDAD


AlHamdulillah..
bermula selepas Solat Fardhu Zohor semalam, dan hari ini Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala telah mula membaca Hizib An-Nasr, Sususan Al-Imam Habib Abdullah b. Alawy Al-Haddad.

Hizib An-Nasr adalah himpunan zikir-zikir yang diamalkan selepas melaksanakan solat fardhu Zohor. Begitulah saranan para Alim Ulama yang mana ia merupakan amalan selepas Solat Fardhu Zohor. Padanya terdapat Ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan Doa-doa pelindung dari segala anasir jahat. ia ringkas dan padat sesuai untuk amalan pada tengahari di negara Malaysia ini.

Mungkin ada yang tertanya2 berkenaan Hizib An-Nasr, ini bukanlah amalan baru, ianya merupakan amalan para alim ulama telah berabad lamanya. Dan dikarangkan pula oleh Seorang Ulama Soleh Mujaddid Islam yang mendapat gelaran Hujjatul Islam Wabarakatul’anam & Qutubul Qutb pada abad ke 12 H.

Kelebihan mengamalkannya (Tujuan Utama ialah Redha Allah) :

1. Ia tidak panas atau membawa mudharrat,
2. Penuh dengan doa-doa yg diajarkan oleh Rasul S.A.W
3. Berjaya dalam segala yg kita perjuangkan,
4. Dilindungi daripada syaitan, kelompok jin, kelompok jahat, kelompok syaitan, penyakit,
5. Dipadamkan segala keinginan orang yg berniat jahat kepada kita, dan dipadamkan semua keinginan orang yg ingin memusuhi kita.
6. Meminta kemenangan dari Allah swt dalam segala yg kita perbuat, Dan banyak lagi.

InsyaAllah, kita doakan mudah2an Masjid Al-Hidayah dapat Istiqomah di dalam pengamalan Hizib An-Nasr ini. Allahumma Ameen !!






PROGRAM-PROGRAM MASJID AL-HIDAYAH DALAM BULAN 8/2014..

AlHamdulillah untuk selesai sudah program-program Masjid dalam bulan 8.. Mudah-mudahan mendatangkan manfaat kepada seluruh warga Kg. Sungai Penchala dan sekitarnya.

1. MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2014 MASJID AL-HIDAYAH







2. CERAMAH BULANAN IMAM MUDA AZHAR "PALESTINE : OUR HEART."



3. ZIARAH ILMU_ MASJID AL-HIDAYAH KG. SUNGAI PENCHALA
 OLEH SYEIKH ABU ZAKI B. YUSUF AS-SANGGAFURI




Mudah-mudah kita semua diberkati Allah S.W.T.


Monday, 5 May 2014

MAJLIS SELAWAT PERDANA AMBANG RAMADHAN 2014



WAKTU

PERKARA / AKTIVITI

6.30 pm

Ø  Kehadiran Para Tetamu


6.40 pm

Ø  Bacaan Wirdul Latif
Oleh Us. Mohd Syafie Hidayatullah
Imam Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala


7.26 pm


Ø  Azan & Solat Maghrib Berjemaah

8.00 pm

Ø  Bacaan Maulid Dhiya’ul Lami’ & Alunan Qasidah  oleh Kumpulan Qasidah Dari Madrasah At-Tazkiyah


8.12 pm

Ø  Azan Isyak & Sambung Bacaan Maulid Diba’ie

Ø  Tausiyyah Khas 1
Oleh  Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll

Ø  Tausiyyah Khas 2
Oleh  Al-Fadhil Habib Naqjamuddin Al-Khered

Ø  Tausiyyah Khas 3
Oleh Al-Fadhil Habib Mahdi Al-Haamid

Ø  Tausiyyah Khas 4
Oleh Tuan Guru Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati


10.00 pm


Ø  Solat Fardhu Isyak

Ø Jamuan Makan & Bersurai

Wednesday, 26 February 2014

REPLIKA RUMAH RASULULLAH ﷺ


Model studio rumah ini dibina untuk memberi imbasan cara Baginda Rasulullah   tinggal 1400 tahun yang lalu. Replika Rumah ini adalah sebahagian daripada pameran besar tentang kehidupan Baginda Nabi S.A.W yang telah diadakan pada tahun 2009 Jeddah, Arab Saudi.

Replika Rumah Baginda Nabi   ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan. Namun keadaan secara tepatnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

“Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah & selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia yang hanya menjadikan rumah di dunia sebagai sebuah 'pondok' persinggahan sebelum menuju ke Alam yang kekal Abadi.
Usah kita sibuk mencari @ menunding jari kepada orang lain, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tidak mampu bertindak seperti Rasulullah .”       

Firman ALLAH Ta’ala :
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”
(Al-Baqarah : 44)
 

 Boleh Rujuk :
http://www.deenboutique.com/prophet-muhammad-saw-house-replica/

Sunday, 23 February 2014

Bengkel Al-Quran & Bacaan Solat


Insya' Allah akan datang bersama  kita di akhir Februari dan awal Mac ini Al-Fadhil Ustaz Amru Alhaz bin Adnan Al-Hafiz, Pegawai Hal Ehwal Islam yang kini bertugas sebagai Imam Masjid Negera, Kuala Lumpur. Beliau seorang yang berpengalaman dan menjadi tempat rujukan berkenaan kaedah sebutan @ bacaan Al-Quran yang tepat, terutamanya di dalam masalah tarqiq (nipis) & tafkhim (tebal).

Oleh itu beliau akan berkongsi dengan peserta berkaitan kaedah bacaan Al-Quran Al-Kareem seperti mana yang beliau  pelajari secara bertalaqi bersama Syeikh-syeikh beliau ketika menuntut di Mesir. Dan kaedah tersebut beliau namakan "Kaedah Al-Hadi". Kaedah yang mudah dan sesuai dengan lidah masyarakat Melayu.

Program ini bertujuan mendedahkan masyarakat Islam tentang kaedah bacaan yang betul seperti yang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW.

Ia adalah inisiatif Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala sebagai satu sumbangan ilmiah kepada masyarakat muslim tentang peri-pentingnya membaca al-Quran dan kaedah bacaan yang betul.

Kaedah al-Hadi dalam masalah tarqiq dan tafkhim

1. Mendedahkan kesilapan-kesilapan sebutan yang lazim dilakukan oleh masyarakat melayu atau bangsa bukan Arab dalam melafazkan sebutan huruf al-Quran.

2. Mengenal huruf yang tarqiq dan tafkhim serta mempelajari teknik-teknik untuk membezakan sebutan kedua-duanya.

3. Mempelajari cara dan teknik menyebut sesuatu huruf al-quran mengikut al-Sout (suara) yang tepat melalui praktikal dan musyafahah.

Kaedah al-Hadi adalah satu kaedah yang cuba disusun sebagai manual dan panduan asas kepada pembaca al-Quran untuk menyebut sesuatu huruf al-Quran itu dengan sebutan yang tepat berdasarkan teknik dan cara bukaan mulut.

Kaedah bukaan mulut itu berbeza, bergantung kepada situasi huruf al-Quran yang ingin dibaca. Kelemahan dalam teknik bukaan mulut itu menyebabkan banyak berlaku kesilapan terutama pada huruf yang sepatutnya dibaca nipis tetapi dibaca dengan bunyi tebal dan dalam beberapa keadaan ia jelas merubah huruf dan seterusnya makna.


Ulama tajwid banyak menulis hal yang berkaitan dengan perkara ini, tetapi tanpa kaedah khusus dan teknik secara praktikal atau musyafahah kesilapan ini hampir mustahil tidak berlaku.


___________________________________

Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Masih dalam hadis riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, disebutkan bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
"إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Marilah sama-sama kita semua hadir, mudah-mudah mendatangkan manfaat untuk kita semua, Ameen!!


Saturday, 25 January 2014

PROGRAM-PROGRAM SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W 1435 H / 2014 (MAHSP)

14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabi’ul Awwal 1435 : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (MAHSP) di bawah kelolaan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ustaz Hazman B. Che Mohamad telah menganjurkan Program Sempena Maulidur Rasul S.A.W iaitu Pengajian (Daurah) Kitab Hadith 40 Imam An-Nawawi bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i. Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.00 pm ini dihadiri hampir 300 orang lebih terdiri yang daripada pelajar-pelajar Institut Quran Kuala Lumpur (IQKL), Masyarakat Kampung Sungai Penchala dan penduduk di sekitar Lembah Klang.

Di dalam majlis Pengajian (Daurah) Kitab Hadith tersebut, Disamping Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati membaca dan mensyarahkan Hadith 40 Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala, beliau juga telah menyampaikan Ijazah Hadith Musalsal Berkasih Sayang, Hadith Musalsal Serban, Hadith Musalsal Bakhoor, Hadith Musalsal Attar dan Hadith Musalsal Cincin. Peserta program ini kelihatan begitu bersemangat dan mampu menghabiskan sesi pengajian hingga ke jam 10 malam.

Dan pada hari Rabu 16 Januari 2014 bersamaan 14 Rabi’ul Awwal 1435 pula, Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala mengadakan program “Malam Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W” bermula jam 6.30 petang hingga jam 11.00 malam, dipimpin oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i bersama 2 orang tetamu hebat iaitu :
-          Syeikh Dr.Syed Muhammad Habib B. Syed Abbas Daghistani Al-Husaini
-           Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam b. Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini (Kedah)
Dendangan Qasidah dan bacaan Maulid Ad-Daiba’ie dilantunkan oleh  Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam b. Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini dan Kumpulan Qasidah Dari Majlis Ta’lim An-Nur iaitu Muhibbeen dan majlis juga turut menerima kunjungan dari Kumpulan Qasidah dari Ashab Al-Suffah.

Kedua-dua program yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala bertujuan menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam bidang ilmu Hadith seterusnya memahaminya terutamanya dalam silsilah hadith-hadith yang dipelajari. Dan dalam masa yang sama cuba untuk menghidupkan suasana sunnah Rasulullah S.A.W disamping menanamkan kecintaan serta kerinduan terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W .

Program yang berjaya dilaksanakan selama 2 hari ini mendapat kerjasama dari sudut sumbangan sokongan moral, tenaga, idea daripada AJK Masjid Al-Hidayah, Galeri Ilmu Sdn. Bdn dan Majlis Ta’lim An-Nur. Dan juga menerima tajaan kewangan dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 dan Badan Kebajikan MK Land Holding. Dan turut juga menerima tajaan makanan dari Nurul Izzah Catering, Kayu Nasi Kandar SS2 dan Zam Zam Cafe & Satay Club Damansara.


Sekian.


"PROGRAM PENGAJIAN (DAURAH) KITAB HADITH 40 IMAM AN-NAWAWI RHM"

SAMBUTAN & PENDAFTARAN







MAKAN PAGI & MAKAN TENGAHARI








PENGAJIAN (DAURAH) KITAB SESI PETANG


PENGAJIAN (DAURAH) KITAB SESI MALAM



IJAZAH HADITH MUSALSAL SERBAN






 IJAZAH PEMAKAIAN SERBAN KEPADA DATO' ABD. HALIM (TIMB. PENGERUSI MAHSP) 


IJAZAH HADITH MUSALSAL BAKHOOR









CENDERAHATI DARIPADA WAKIL GALERI ILMU SDN. BHD 




MAJLIS MAULID
"MALAM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH S.A.W"





  




LANTUNAN BACAAN MAULID AD-DIBA'IE & QASIDAH
OLEH KUMP. QASIDAH MAJLIS TA'LIM AN-NUR "MUHIBBEEN"





 RAWI AKHIR DALAM MAULID AD-DIBAI'E 
OLEH AL-FADHIL HABIB MUHAMMAD NEEZAM AL-IDRUSI AL-HUSAINI


















  

  



TAUSIYYAH
OLEH SYEIKH DR. MUHAMMAD HABIB B. SYED ABBAS DARGISTANI AL-HUSAINI

TAUSIYYAH
OLEH AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI AL-INDONISI AL-AZHARI ASY-SYAFI'I AL-HUSOFI
  

TAHNIK










TN. HJ DIN BERSAMA DATO' WIRA HJ. THOBRANI & ISTERI DATIN SHARIFAH
MELAWAT GERAI JUALAN

HADIAH DARI ITQAN