AlHamdulillah..
Baru-baru ini dengan kerjasama Amanah Hawi Al-Khairat (HAK), Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dipilih oleh Seorang Tokoh iaitu Habib Abdur Rahman Al-Haddad dari Keturunan Baginda Nabi Muhammad melalui susur galur Seorang Ulama Al-Haddad sebagai tempat untuk meraikan tetamu dan ahli khidmah Majlis Haul Imam Al-Haddad 2014.
![]() |
UKHUWAH YANG TERBINA DALAM BARAKAH SETALAM NASI |
![]() |
REMAJA & TETAMU MAHSP |
SiapakahAl-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) ?
Beliau
seorang Mujaddid Islam abad 12 Hijrah, Beliau (Rahimahullah) dilahirkan di
Subir sebuah perkampungan dekat kota Tarim di Hadhramuat, Selatan negeri Yaman,
pada tahun 1044 Hijrah. Beliau (Rahimahullah) terkenal sebagai seorang yang
mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat. Ketika Beliau (Rahimahullah)
meningkat umur empat tahun, Beliau (Rahimahullah) dijangkiti penyakit cacar
yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang
Maha Agung lagi Mulia telah menggantikan kepada beliau dengan mata hati (
cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah).
Di
masa kecilnya, Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad
(Rahimahullah) mengerjakan solat sunnah seratus rakaat setiap harinya setelah
pulang dari rumah gurunya di waktu Dhuha. Karena itulah tidaklah mengherankan
jika Allah SWT memberinya kedudukan sebagai ‘Wali Al-Qutub sejak usianya masih
remaja.
Berasaskan
kurniaan ini, Al-Imam A-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) telah
berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menimba ilmu dari sejumlah besar
para ulama’ di Yaman. Walaupun penglihatan beliau hilang namun Beliau
(Rahimahullah) tidak berputus asa dalam menghasilkan kitab-kitab karangan
beliau sendiri, hingga sekarang kitab-kitabnya di guna pakai oleh seluruh umat
Islam di dunia dengan berbagai alih bahasa.
Dari
Beliau lah (Rahimahullah) hasilnya Ratib Al-Haddad yang digunakan oleh umat
Islam seluruh dunia hingga ke hari ini. Beliau (Rahimahullah) wafat pada 7
zulkaedah 1132 Hijrah dan dimaqamkan di Permakaman Zambal yang berada di Kota
Tarim, Hadhramaut, Yaman. Hingga hari ini manusia seluruh dunia datang
menziarahi Maqam beliau.
Dengan
itu, setiap Tahun pihak Al-Hawi pengajurkan-mengadakan Haul (Hari Memperingati)
Beliau (Rahimahullah) atas jasa-jasa Beliau dalam mengembangkan ilmu serta
dididkan Beliau.
Semoga
Allah merahmati Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad
(Rahimahullah) dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita
bersamanya dengan berkat Sayyidina Muhammad SAW, Keluarganya dan Sahabatnya
serta Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW yang Mulia serta keluarganya serta
sahabat-sahabatnya. Allahumma Amin.
wallahu 'alam.