Sunday 10 November 2013

2 Amalan Sunnah Selepas Subuh & Selepas Maghrib

AsSalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Sempena hari Isnin ini 7 Muharram 1435 H, marila kita sama-sama mula mengamalkan 2 Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W, yang mana Baginda S.A.W lakukannya setiap kali selepas solat Subuh & Maghrib.

Sunnah tersebut ialah :

1. Membaca sebanyak 10 kali (dalam keadaan duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan) :


2. Membaca sebanyak 7 kali (dalam keadaan duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan) :


Daripada Abu Zar berkata, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W  bersabda (maksud) :
" Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata, sebanyak 10 kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkat baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyukutukan) Allah"
(H.R Imam at-Tirmizi_Sanad Hasan | Imam at-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir)

Imam an-Nasa'i menambah,
"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba"

Imam at-Thorani menambah,
"Dan baginya setiap yang dibacanya membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000."

Daripada al-Harith b. Muslim, Daripada ayahnya berkata ; Baginda Nabi S.A.W bersabda (maksud) :
"Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata : "Allahumma Ajirni minan nar" 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah akan menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai solat maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata "Allahumma Ajirni minan nar" 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka."
(H.R Abu Daud & an-Nasa'i)

Al-Hamdulillah,
Begitu Allah S.W.T maha menyayangi hamba-hambanya, sehinggakan dicipta zikir-zikir bagi mensejahterakan kehidupan kita baik di dunia dan di akhirat. Namun sejauh manakah kita sebagai seorang hamba menghargai dan menggunakan peluang dan ruang yang diciptakan Allah S.W.T untuk kita ini.

Imam Abu Hasan Asy-Syazili sering mengamalkan doa ini :
" Ya Allah Jadikanlah dunia ditangan-tangan kami, dan janganlah jadikan dunia di hati-hati kami"

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.

Wednesday 6 November 2013

Majlis Selawat Perdana Sempena Ma'al Hijrah 1435

SUASANA MAJLIS SELAWAT




Kump. Qasidah Madrasah At-Tazkiyah




Anak-anak Jemaah MAHSP


Muslimat




Bakhoor


MAHAL AL-QIYAM (TEMPAT BANGUN) DALAM MAULID



Us.Nur Muhammad bersama Pelajar Darur Rahman


Hb. Ali As-Segaff, Us.Ashraff (Penterjemah), Hb. Mahdi Al-Haamid, Hb. Naqjamuddin, Us.SyafieHidayatullah (wakil Pengerusi MAHSP), Us.Ali Zainal Abidin (Guru Madrasah At-Tazkiyah)








Tausiyyah Ma'al Hijrah Oleh Habib Naqjamuddin Al-Khered


Pembacaan Kitab Syamail Muhammad S.A.W Oleh Habib Mahdi Al-Haamid

Us. Ashraff menterjemahkan Kalam Habib Mahdi Al-Haamid





SUASANA DI KANTIN SELEPAS MAJLIS SELAWAT






SUASANA GERAI-GERAI JUALAN



Barangan Islam




Abang Aleng Minyak Wangi..



Photographer _ En.Janaluddin B. Jaruman - Biro Pendidikan & Seranta

Monday 4 November 2013

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun



Mudah-mudah dengan membaca doa-doa diatas, taubat kita semua diterima, dosa-dosa kita yang telah lalu diampunkan, segala amal bakti yang telah kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T. Dan mudah-mudahan juga kita dijauhkan dari hasad dengki dan gangguan serta hasutan Jin, Syaitan dan Iblis yang terlaknat. Semoga Allah Ta'ala merahmati dan meredhoi kita semua. Allahumma Amin!!