4 Julai 2014 / 25 Sya'ban 1434 H : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Zon 6 dengan kerjasama Madrasah At-Tazkiyah telah menganjurkan Program “Ahlan Ya Ramadhan” (Maulid Ambang Ramadhan). Program yang dipimpin oleh Habib Mahdi Al-Haamid bersama Syed Naqjamuddin Al-Khered ini berbentuk pembacaan kitab Maulid Adh-Dhiya’ul Lami’, Alunan Selawat Qasidah, tausiyyah dari Habib Umar Abd. Rahman Al-Jufri dan Habib Zayd Ben Yahya berkisar tentang Ramadhan serta diakhiri dengan pembacaan kitab Syamail Rasul S.A.W.
Program berjalan dengan begitu baik dengan kehadiran menjangkau ke 400orang yang terdiri daripada ahli kariah Kg.Sg.Penchala dan penduduk disekitarnya, malah diserikan dengan kehadiran beberapa Ulama’ dan Ahlul Bait dari beberapa buah negara iaitu Habib Umar Abd. Rahman Al-Jufri (Madinah), Habib Zayd ben Yahya (Yaman), Habib Abd. Rahman Al-Haddad, Habib Ali As-Shaghaf dan Habib Muhammad Al-Junaid (Yaman). Menariknya program ini berjaya menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak untuk terus berada di dalam masjid dari awal sehinggalah ke akhir majlis.
Di kawasan perkarangan Masjid pula terdapat beberapa buah gerai kecil dibuka bagi menjual alatan dan pakaian sunnah. Disamping itu turut juga disediakan rawatan bekam sunnah oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum.
Program ini mendapat tajaan dan kerjasama dari Pejabat Pentadbiran Zon 6, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Persatuan Penduduk Kg. Sg. Penchala, KRT Kg. Sg. Penchala, Madrasah At-Tazkiyah, V-Ken MXB, MOFAZ, Alla Fonte Minerale dan Bolton Sign. Terima Kasih kepada semua yang terlibat, semoga program sebegini dapat diteruskan pada waktu-waktu yang akan datang.
No comments:
Post a Comment