Ada beberapa perkara yang dikongsikan dengan Ahli Kariah Kg.Sg.Penchala. Antaranya tentang Ramadhan ini adakah kita menyantuni golongan Islam yang terbiar disekitar kita iaitu :
- Orang Asal
- Golongan Muallaf
Yang mana sekiranya, ummat Islam seperti kita membiarkan mereka akan mengakibatkan mereka tidak merasai Rahmatnya Ramadhan yang datang & Istimewanya Syawal yang bakal menjelang. Malah disebabkan kita tiada menyantuni mereka menyebabkan akhirnya mereka meninggalkan Agama Islam dek Qudwah Hasanah yang dipamerkan oleh golongan gerakan Misionary & Kristianisasi.
Dikesempatan ini juga Beliau, membuka satu tawaran Istimewa kepada Ahli Qariyyah untuk :
Menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit @ bahan2 mentah seperti beras, tin susu dan sebagai untuk dibawa ke Pulau Ketam.
Pulau Ketam merupakan sebuah pulau yang 10 tahun, 20 tahun lalu dihuni oleh lebih dari 30 (@70) buah keluarga Cina Muslim. Tetapi pada masa kini hanya tinggal 4 buah keluarga Islam yang telah uzur.
Cikgu Mahadi bersama anaknya akan bergerak ke Pulau Ketam pada pagi 1 Syawal 1434 H untuk menghidupkan syiar Islam di Balai Islam Pulau Ketam, Klang.
Katanya, jika diizin Allah S.W.T beliau bersama anaknya melaungkan takbir di sana, berkemungkinan bersama 2 orang anggota Polis dan 2 orang Cina Muslim dari 4 orang (Uzur). Dan Beliau menyeru kepada Ahli Qariyyah untuk turut serta dalam menghidupkan Islam di Balai Islam Pulau Ketam yang selama ini terbiar sepi.
Kepada Tuan2- Puan2 yang ingin menyalurkan apa sahaja sumbangan bolehlah menyerahkannya kepada Ketua Imam MAHSP selewat-lewatnya sebelum berbuka puasa hari Rabu.
No comments:
Post a Comment