Wednesday 9 October 2013

Majlis Bacaan Yasin 26 Sept & Program Ramah Mesra Bersama IPD Brickfield

26 September, Khamis - Kampung Sungai Penchala dikunjungi oleh Ketua Polis Daerah Brickfield iaitu Tn. Azlee b. Abdullah. Bertempat di Masjid Al-Hidayah Kg.Sg.Penchala satu Majlis Ramah Mesra telah dijalankan.

Dalam ucapan ACP Azlee b. Abdullah, beliau menyatakan perlunya kerjasama antara orang awam dengan pihak polis. Dan PDRM telah menyediakan saluran perhubungan yang sebaik mungkin dalam agenda menangani jenayah.

Dalam pada itu, Dato' Abul Hasan yang merupakan Pengerusi PPKSP merangkap Bendari Masjid mencadangkan Sebuah Pondok Polis di kawasan berhampiran dengan Masjid Al-Hidayah untuk kawalan jenayah & keselamatan. Dan cadangan itu diterima oleh OCPD daerah Brickfield itu.





En.Mazlan Kushairy, Ins. Jamil OCS TTDI, Dato' Abul Hasan ,ACP Azlee b. Abdullah OCPD Brickfield












No comments:

Post a Comment