Saturday 25 January 2014

PROGRAM-PROGRAM SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W 1435 H / 2014 (MAHSP)

14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabi’ul Awwal 1435 : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (MAHSP) di bawah kelolaan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ustaz Hazman B. Che Mohamad telah menganjurkan Program Sempena Maulidur Rasul S.A.W iaitu Pengajian (Daurah) Kitab Hadith 40 Imam An-Nawawi bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i. Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.00 pm ini dihadiri hampir 300 orang lebih terdiri yang daripada pelajar-pelajar Institut Quran Kuala Lumpur (IQKL), Masyarakat Kampung Sungai Penchala dan penduduk di sekitar Lembah Klang.

Di dalam majlis Pengajian (Daurah) Kitab Hadith tersebut, Disamping Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati membaca dan mensyarahkan Hadith 40 Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala, beliau juga telah menyampaikan Ijazah Hadith Musalsal Berkasih Sayang, Hadith Musalsal Serban, Hadith Musalsal Bakhoor, Hadith Musalsal Attar dan Hadith Musalsal Cincin. Peserta program ini kelihatan begitu bersemangat dan mampu menghabiskan sesi pengajian hingga ke jam 10 malam.

Dan pada hari Rabu 16 Januari 2014 bersamaan 14 Rabi’ul Awwal 1435 pula, Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala mengadakan program “Malam Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W” bermula jam 6.30 petang hingga jam 11.00 malam, dipimpin oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i bersama 2 orang tetamu hebat iaitu :
-          Syeikh Dr.Syed Muhammad Habib B. Syed Abbas Daghistani Al-Husaini
-           Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam b. Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini (Kedah)
Dendangan Qasidah dan bacaan Maulid Ad-Daiba’ie dilantunkan oleh  Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam b. Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini dan Kumpulan Qasidah Dari Majlis Ta’lim An-Nur iaitu Muhibbeen dan majlis juga turut menerima kunjungan dari Kumpulan Qasidah dari Ashab Al-Suffah.

Kedua-dua program yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala bertujuan menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam bidang ilmu Hadith seterusnya memahaminya terutamanya dalam silsilah hadith-hadith yang dipelajari. Dan dalam masa yang sama cuba untuk menghidupkan suasana sunnah Rasulullah S.A.W disamping menanamkan kecintaan serta kerinduan terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W .

Program yang berjaya dilaksanakan selama 2 hari ini mendapat kerjasama dari sudut sumbangan sokongan moral, tenaga, idea daripada AJK Masjid Al-Hidayah, Galeri Ilmu Sdn. Bdn dan Majlis Ta’lim An-Nur. Dan juga menerima tajaan kewangan dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 dan Badan Kebajikan MK Land Holding. Dan turut juga menerima tajaan makanan dari Nurul Izzah Catering, Kayu Nasi Kandar SS2 dan Zam Zam Cafe & Satay Club Damansara.


Sekian.


"PROGRAM PENGAJIAN (DAURAH) KITAB HADITH 40 IMAM AN-NAWAWI RHM"

SAMBUTAN & PENDAFTARAN







MAKAN PAGI & MAKAN TENGAHARI








PENGAJIAN (DAURAH) KITAB SESI PETANG


PENGAJIAN (DAURAH) KITAB SESI MALAM



IJAZAH HADITH MUSALSAL SERBAN






 IJAZAH PEMAKAIAN SERBAN KEPADA DATO' ABD. HALIM (TIMB. PENGERUSI MAHSP) 


IJAZAH HADITH MUSALSAL BAKHOOR









CENDERAHATI DARIPADA WAKIL GALERI ILMU SDN. BHD 




MAJLIS MAULID
"MALAM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH S.A.W"





  




LANTUNAN BACAAN MAULID AD-DIBA'IE & QASIDAH
OLEH KUMP. QASIDAH MAJLIS TA'LIM AN-NUR "MUHIBBEEN"





 RAWI AKHIR DALAM MAULID AD-DIBAI'E 
OLEH AL-FADHIL HABIB MUHAMMAD NEEZAM AL-IDRUSI AL-HUSAINI


















  

  



TAUSIYYAH
OLEH SYEIKH DR. MUHAMMAD HABIB B. SYED ABBAS DARGISTANI AL-HUSAINI

TAUSIYYAH
OLEH AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI AL-INDONISI AL-AZHARI ASY-SYAFI'I AL-HUSOFI
  

TAHNIK










TN. HJ DIN BERSAMA DATO' WIRA HJ. THOBRANI & ISTERI DATIN SHARIFAH
MELAWAT GERAI JUALAN

HADIAH DARI ITQAN

No comments:

Post a Comment