Monday 8 September 2014

Majlis Sempena Haul Imam Abdullah Al-Haddad 2014

AlHamdulillah..
Baru-baru ini dengan kerjasama Amanah Hawi Al-Khairat (HAK), Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dipilih oleh Seorang Tokoh iaitu Habib Abdur Rahman Al-Haddad dari Keturunan Baginda Nabi Muhammad melalui susur galur Seorang Ulama Al-Haddad sebagai tempat untuk meraikan tetamu dan ahli khidmah Majlis Haul Imam Al-Haddad 2014. 







 



UKHUWAH YANG TERBINA DALAM BARAKAH SETALAM NASI

REMAJA & TETAMU MAHSP

SiapakahAl-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) ?

Beliau seorang Mujaddid Islam abad 12 Hijrah, Beliau (Rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan dekat kota Tarim di Hadhramuat, Selatan negeri Yaman, pada tahun 1044 Hijrah. Beliau (Rahimahullah) terkenal sebagai seorang yang mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat. Ketika Beliau (Rahimahullah) meningkat umur empat tahun, Beliau (Rahimahullah) dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agung lagi Mulia telah menggantikan kepada beliau dengan mata hati ( cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah).

Di masa kecilnya, Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) mengerjakan solat sunnah seratus rakaat setiap harinya setelah pulang dari rumah gurunya di waktu Dhuha. Karena itulah tidaklah mengherankan jika Allah SWT memberinya kedudukan sebagai ‘Wali Al-Qutub sejak usianya masih remaja.
Berasaskan kurniaan ini, Al-Imam A-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menimba ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Walaupun penglihatan beliau hilang namun Beliau (Rahimahullah) tidak berputus asa dalam menghasilkan kitab-kitab karangan beliau sendiri, hingga sekarang kitab-kitabnya di guna pakai oleh seluruh umat Islam di dunia dengan berbagai alih bahasa.

Dari Beliau lah (Rahimahullah) hasilnya Ratib Al-Haddad yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia hingga ke hari ini. Beliau (Rahimahullah) wafat pada 7 zulkaedah 1132 Hijrah dan dimaqamkan di Permakaman Zambal yang berada di Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman. Hingga hari ini manusia seluruh dunia datang menziarahi Maqam beliau.

Dengan itu, setiap Tahun pihak Al-Hawi pengajurkan-mengadakan Haul (Hari Memperingati) Beliau (Rahimahullah) atas jasa-jasa Beliau dalam mengembangkan ilmu serta dididkan Beliau.

Semoga Allah merahmati Al-Qutub Al-Imam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (Rahimahullah) dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Sayyidina Muhammad SAW, Keluarganya dan Sahabatnya serta Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW yang Mulia serta keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Allahumma Amin.

wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment